Buah kurma dikategorikan sebagai buah yang mengandungi kandungan khasiat yang tinggi. Namun perlu diingatkan bahawa pengambilan buah kurma yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan disebabkan jumlah kandungan gula termasuk jenis gula ringkas yang terkandung di dalam kurma. Sebaliknya, kurma mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit. Buah Kurma Iran mengandungi kandungan natrium yang rendah dan tidak berbahaya bagi pesakit tekanan darah tinggi, melainkan jika mengambilnya secara berlebihan.
Read More