Pemborong Kurma
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Kek Buah Kurma Iran


Whatsapp, Viber "0173122220"


Kek Buah Kurma Iran

Buah kurma iran merupakan buah yang sangat bernilai kerana mempunyai banyak kegunaan. Buah ini kaya dengan pelbagai khasiat seperti mineral, vitamin, bahan antioksidan, serat diet, protein, enzim, 23 jenis asid amino dan lain-lain. Mineral yang terkandung di dalam buah kurma adalah seperti potassium, kalsium, zat besi, magnesium, zink yang menjadikan buah ini sumber janakuasa tenaga tubuh badan yang sihat. Selain itu, buah kurma yang lazat ini membantu mengubati serta mencegah penyakit seperti Kanser, jantung, kekurangan darah, melancarkan sistem penghadaman, diabetes, sesuai buat ibu yang mengandung serta bagus untu bayi yang berada dalam kandungan.
Mungkin inilah sebab-sebanya mengapa kita digalakkan untuk mengambil pelbagai jenis produk daripada buah kurma.
Di sini ada disediakan sebuah resepi pencuci mulut lazat yang saya ingin kongsikan bersama
Bahan-bahan
3 cawan Kurma dibuang bijinya
1 cawan walnut yang dicincang kasar
Adunan tepung
1 cawan butter tanpa garam
½ cawan tepung pelbagai guna yang telah diayak
½ cawan tepung gula
1 camca the serbuk kayu manis
½ camca the serbukcardamom
1 cawan pistachios, tanpa garam dan dikisar atau 1 cawan kelapa parut

Cara-caranya
Letak beberapa keeping walnut di dalam setiap Kurma. Susun buah kurma itu tadi sebelah-menyebelah sehingga memenuhi ruang 9-inci mangkuk hidangan.
Dalam kuali yang besar, goreng tepung bersama mentega dengan api yang tinggi, kacau sentiasa untuk kira-kira 15 hingga 20 minit, sehingga ia menghasilkan warna karamel keemasan.
Tuang dan sapu adunan panas ke atas kurma-kurma tadi. Padatkan dan ratakan menggunakan belakang sudu.
Adun kayu manis, gula, cardamom dan tabur di serata kek. Tabur 1 cawan pictachios kisar atau kelapa parut di atasnya. Sejukkan.
Potong kepada bahagian kecil. Susun di atas piring hidangan atau pada bekas hidangan asal.

Khasiat


Saiz Hidangan: 1 (72 gram)
Hidangan setiap Resepi:16

JUMLAH SETIAP HIDANGAN % NILAI HARIAN
Kalori 344.3
Kalori dari lemak 179 52%
Jumlah lemak 20 g 30%
Lemak tepu 8.2 g 40%
Kolesterol 30.5 mg 10%
Sodium 2.8 mg 0%
Total Karbohidrat 41 g 13%
Serat Diet 4.4 g 17%
Gula 25.6 g 102%
Protein 4.9 g 9%

Order Now!