Pemborong Kurma
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Kandungan vitamin dalam kurma


Whatsapp, Viber "0173122220"


Kandungan vitamin dalam kurma

kurma adalah salah satu ciptaan tuhan eksotik yang mana setiap bahagian pada pokok kurma berguna untuk manusia. Pokok kurma biasanya di tanam di kawasan tropika termasuklah di Iran. Buah ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral dan dianggap sebagai makanan tambahan untuk badan. Vitamin A yang ada dalam buah ini mempunyai kesan terhdap kekuatan tulang dan perkembangan tubuh badan. Buah ini juga kaya dengan vitamin B yang mana menggalakkan pertumbuhan sel saraf dan melegakan ketegangan saraf. Vitamin B2 berkesan menyerap hydrocarbon yang ada dalam makanan lain. Selain dari vitamin yang disebut, terdapat pelbagai jenis mineral dalam buah ini. Sebagai contoh, dengan pengambilan dua biji buah kurma setiap hari, anda telah memenuhi keperluan iron untuk badan anda. Iron membantu menghasilkan dan merawat sel darah merah dan seterusnya boleh menyembuhkan penyakit anemia. Satu lagi mineral penting yang amat diperlukan oleh badan manusia adalah magnesium. Magnesium juga seperti fosforus dapat menambah baik ingatan anda.

Manakala untuk pengidap kencing manis, kurma boleh menggantikan kiub gula dan kandungan magnesium dapat membantu buah pinggang dan pancreas untuk berfungsi dengan lebih baik. Bagi kawasan yang mengamalkan kurma dalam diet harian, statisktik pengidap penyakit dan kanser berkurangan. Buah ini sangat bermanfaat untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Keletihan terutama sewaktu musim sejuk, kelesuan dan pebagai jenis penyakit berpunca dari kekurangan vitamin C dalam badan. Dengan pengambilan kurma dapat menghilangkan penyakit-penyakit ini.


Vitamin E yang ada dalam buah kurma adalah kunci untuk meningkatkan sistem imunisasi badan, melindungi kerosakan sel dan kajian terbaru menunjukkan kandungan vitamin E yang tinggi mempunyai pengaruh secara langsung dalam mencegah kanser, peyakit jantung, kencing manis, nyanyuk, katarak dan pelbagai penyakit lain lagi. Vitamin-vitamin ini melancarkan sistem pencernaan dan menambah baik kesihatan kulit dan mata.


Vitamin E diperlukan oleh pelbagai organ dalam badan dan ia juga merupakan agen antioksidan yang dapat memperlahankan proses dan aktiviti yang merosakkan sel. Jadi, pengambilan kurma dapat menyihatkan tubuh badan, membekalkan mineral dan vitamin yang penting dalam tubuh badan. Kurma juga merupkan ubatan herba yang dapat mengelakkan penyakit kronik dan mengekalkan fungsi badan pada tahap optima.

Order Now!