Pemborong Kurma
Green Diamond International S/B | Tel: (+60) 389411300 | H/P: (+60) 173122220

Green Diamond International S/B Adakah kurma sejenis makanan


Whatsapp, Viber "0173122220"


Adakah kurma sejenis makanan

Kurma adalah buah yang sangat lama di mana ia disebut sebanyak 42 kali di dalam al-Quran. Buah ini mungkin agak asing dalam kalangan warga Amerika dan hanya digunakan dalam penyediaan kek dan pastri tetapi di Timur Tengah, terutamanya Negara Arab, ia dianggap sejenis makanan lengkap. Perlu diingatkan bahawa kurma dikategorikan di dalam kategori buah-buahan tetapi khasiatnya merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah kurma selalu dianggap buah yang istimewa dan bernutrisi tinggi, jadi bagi orang Islam, kurma dianggap buah dari syurga. Pada hari ini, kurma dianggap sebagai penawar kepada penyakit oleh pakar pemakanan dan doktor. Buah ini kaya dengan kandungan gula dan vitamin yang penting yang menjadikannya makanan tambahan.

Penyelidikan mengenai buah kurma menunjukkan bahawa buah ini boleh mencegah dari penyakit kanser usus dan perut. Penghasilan tenaga dalam badan selepas memakan buah ini adalah lebih tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Saintis menjumpai 13 jenis bahan penting dan 5 jenis vitamin dalam kurma yang menjadikannya buah yang sangat berharga dan kaya dengan sumber makanan. Kesemua bahagian pada pokok kurma boleh digunakan dan pepatah Arab ada mengatakan manfaat buah kurma adalah hari-hari dalam setahun.

Buah kurma sebenarnya manis, lazat dan buah yang mengandungi banyak sumber tenaga yang ditanam di Negara-negara tropika yang menjadi makanan untuk penduduk tempatan. Pada masa kini, penanaman pokok ini disebabkan khasiatnya yang tinggi adalah keadaan yang biasa di kawasan geografi yang sesuai. Doktor menyarankan pengambilan buah ini setiap hari kerana ia sangat bagus untuk mereka yang mengalami sembelit dan boleh membersihkan sistem penghadaman mereka. Kadar kalium yang tinggi dalam buah ini boleh mengawal cirit birit, malah, boleh juga menenagkan saraf. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai penyait kencing manis atau pancreas yang sensitif tidak boleh mengambil buah ini dalam kuantiti yang banyak kerana boleh merbahayakan kesihatan dan meningkatkan tekanan darah.

Telah terbukti bahawa satu biji kurma yang direndam di dalam air semalaman dan dimakan keesokan harinya sangat berguna untuk fungsi jantung. Jika anda mengamalkannya dua kali seminggu, ia boleh menguatkan jantung anda. Tetapi adalah perlu diingatkan bahawa pengambilan kurma yang berlebihan mempunyai kelemahan dan boleh memudaratkan badan. Pengambilan kurma dengan yogurt adalah tidak digalakkan dn bagi mereka yang menghidap kencing manis atau mempunyai sejarah penyakit kencing manis dalam keluarga perlulah berhati-hati mengambil kurma. Pengmbilan kurma secara berkala adalah bermanfaat untuk orang dewasa dan kanak-kanak dan adalah lebih baik berbanding gula kiub dan gula! Dan bagi mereka yang bersenam secara serius, kurma boleh menjadi snek yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaga yang hilang.

Order Now!